Fotografi dan Seni


.
Fotografi dan Seni
1) Seni boleh ditafsirkan sebagai hasil kreativiti atau imaginasi dalam bentuk visual atau fizikal. Hasil ini biasanya dikaitkan dengan impak tarikan mempesonakan atau mempengaruhi emosi.
2) Gambar foto adalah rakaman momen tertentu di dalam kehidupan manusia. Sudah pasti rakaman ini boleh mempesonakan atau mempengaruhi emosi manusia.
3) Jurufoto mempunyai berbagai cara dan teknik untuk menghasilkan seni foto. Antaranya:
3.1) Menjadikan foto sebagai medium bercerita.
3.2) Memberi tumpuan terhadap riak wajah, kedutan dan elemen-elemen khusus yang lain.
3.3) Menggunakan komposisi yang sesuai.
3.4) Memilih kombinasi warna yang sesuai.
Wolf Vs Combat Part 2


.
LATIHAN:

1. Pilih satu objek foto. Bayangkan satu kisah tentangnya yang anda boleh sampaikan melalui gambar foto.

2. Ambil gambar foto objek tersebut berdasarkan bayangan anda.

3. Sertakan satu ayat caption bagi menerangkan motif gambar foto anda.
.