Apakah maksud Augmented Reality?





Augmented Reality (Melayu: Realiti Tertambah atau Realiti Yang Ditambah) adalah sejenis kesan visual yang dihasilkan oleh komputer di mana objek visual janaan komputer akan di tambah pada pemandangan dunia sebenar yang kelihatan di skrin paparan. Hasilnya pengguna yang memandang dunia sebenar melalui skrin komputer akan mendapati seolah-olah wujud berbagai objek lain lagi selain dari realiti sedia ada.

Augmented Reality adalah berbeza dengan Virtual Reality. Virtual Reality mencipta satu persekitaran baru yang tiada kaitan dengan dunia sebenar. Sebaliknya, sepertimana dihuraikan dalam perenggan di atas, Augmented Reality memaparkan persekitaran yang diambil dari dunia sebenar dan ditambahkan di atasnya (English: Augment, Overlay) objek lain yang dijana oleh kompurter.

Konsep ini diperkenalkan oleh Thomas Caudell pada tahun 1990 ketika menerangkan bagaimana sejenis alat bantuan yang dipakai di kepala juruteknik elektrik berfungsi.





Tajuk berkaitan:
Apakah Augmented Reality?
Apa Erti Augmented Reality?
Apa Arti Augmented Reality?
Pengertian Augmented Reality?