Alexa pernah melaporkan bahawa Taobao Marketplace memasuki senarai 20 laman web popular dengan jumlah senarai barang atau perkhidmatan sebanyak 370 juta
Portal Taobao adalah sejenis portal e-dagang yang menyerupai eBay, Amazon, Lelong dan seumpamanya. Ia dimiliki oleh Kumpulan Alibaba. Taobao adalah perkataan Bahasa Cina (klik untuk baca maksudnya). Konsep Taobao adalah menyediakan satu tempat untuk penjual atau pengguna berhubung terus dengan pengilang bagi mengelakkan kos orang tengah yang menjadikan harga produk atau perkhidmatan menjadi mahal.
Portal Taobao diwujudkan pada bulan May 2003. Ia menyediakan perkhidmatan Consumer-to-consumer (C2C) yang membolehkan perniagaan atau usahawan kecil membuka perniagaan atas talian bagi pasaran pengguna berbahasa Cina seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Macau dan Taiwan. Pada tahun 2010, jumlah ahli berdaftar Taobao telah mencecah 370 juta dan ini merupakan kira-kira 80 peratus dari pasaran atas talian pengguna berbahasa Cina.
Pada Mac 2013, Alexa melaporkan bahawa Taobao Marketplace memasuki senarai 20 laman web yang sering dikunjungi dengan jumlah senarai barang atau perkhidmatan sebanyak 370 juta. Majalah The Economist memanggilnya sebagai Pasaran Atas Talian Terbesar Bagi Negara (China).
Penjual boleh mengiklankan barang dengan harga tetap atau lelong. Jualan lelong cuma sebahagian kecil dari urusniaga. Kebanyakan urusniaga adalah melibatkan barang baru yang dijual pada harga tetap. Pembeli boleh memeriksa latar belakang penjual seperti penarafan, komen atau aduan.
Social Plugin