Tips: Membeli barang melalui portal Taobao


Taobao dipenuhi oleh pembeli kali pertama dan penjual yang menipu. Agak mencabar untuk mencari produk dalam senarai yang terlalu panjang dan menemui penjual yang dipercayai, jujur dan baik. Terdapat usahawan, pedagang dan lain-lain yang menjual secara langsung dari kilang. Ada risiko apabila membeli di Taobao maka pembeli harus mengenalpasti penjual yang mempunyai reputasi.

(Pernahkah anda bayangkan bagaimana Taobao boleh membuat carian pantas dalam koleksi 300 juta produknya?)

Risiko Taobao

- Terima barang tidak seperti yang dilihat dalam iklan.
- Terima barang yang rosak kerana tidak diuruskan penghantarannya dengan cermat.


Sistem Rating Taobao

Untuk membantu pelanggan mengenalpasti penjual Taobao yang baik, Taobao telah mewujudkan sistem yang boleh menilai prestasi setiap penjual. Mereka dinilai seperti berikut:
- Adakah produk yang dihantar sama seperti yang diiklankan?
- Perkhidmatan pelanggan yang ditawarkan.
- Jumlah pelanggan yang telah membeli dari seseorang penjual.
- Maklumbalas pelanggan.

Rating yang positif akan memberi mata kepada penjual manakala rating neutral tidak memberi apa-apa. Rating yang negatif pula akan menurunkan jumlah mata. Mata ini dipaparkan dalam bentuk ikon seperti crown, diamond dan red hearts. Reputasi penjual boleh dilihat dari ikon ini. Crown bermakna reputasi tinggi manakala red heart adalah terendah. Golden Crown adalah penanda reputasi tertinggi. Anda boleh melihat ikon ini pada laman penjual. Reputasi ini terbentuk setelah urusniaga dijalankan buat beberapa kali.


Perkara lain yang perlu diberi perhatian

1.Logistik dan maklumbalas. Pada laman penjual, terdapat nombor yang dipaparkan berdekatan perkataan Service atau Logisics. Nombor berskala 1 hingga 5 adalah mata yang ini diterima oleh penjual berdasarkan maklumbalas pembeli. Skala 4 bermaksud penjual yang baik.
2. Umur perniagaan. Hanya penjual yang dapat memuaskan pelanggan sahaja yang boleh kekal dalam perlumbaan. Maka periksalah umur perniagaan untuk melihat berapa lama ia telah berada dalam pasaran.

Adakalanya pelanggan lebih cenderung memberikan maklumbalas negatif berbanding positif. Maka, baca dahulu maklumbalas mereka sebelum membuat rumusan terhadap penjual tersebut. Ada maklumbalas yang serong dan ada yang neutral. Ingat bahawa kebanyakan penjual adalah mereka yang gigih berusaha tetapi kurang mahir menjual barang. Oleh itu, cuba selesaikan isu dengan mereka dahulu sebelum membuat maklumbalas yang boleh merosakkan masa depan mereka.

Apabila anda telah kenalpasti barang yang mahu dibeli, pastikan ia mempunyai stok. Tidak perlu tawar menawar. Sebaliknya cari beberapa produk dan penjual dalam kategori yang sama dan bandingkan harga yang mereka tawarkan.

Elak situasi Terlebih Bayar

Pastikan tarikh iklan produk itu terkini supaya anda tidak terlebih bayar harga produk yang telah diberi diskaun.


Gunakan Google Translate

Laman Tabao berbahasa Cina, maka siapa yang tidak memahaminya tidak akan dapat menggunakannya. Walaubagaimanapun, anda boleh menggunakan khidmat Google Translate untuk menterjemahkannya ke bahasa pilihan anda.


Guna fungsi Live Chat

Adakalanya anda mempunyai persoalan tentang produk atau penjual. Adalah lebih baik terus menghubungi mereka dan bertanya untuk menghilangkan keraguan. Terdapat fungsi live chat yang dipanggil Ali Wangwang Chat di mana anda boleh berinteraksi dengan mereka.

Semasa berinteraksi dengan mereka tanyalah soalan berikut:
-Adakah stok masih ada. Jika stok tiada, bilakah ia akan berganti semula.
-Apakah warna sebenar produk? Perbezaan warna dalam iklan dan produk yang dihantar adalah sesuatu yang mengecewakan.
-Apakah ada waranti bagi produk?
-Berapakah berat produk?


Guna pilihan carian imej Taobao.

Anda tidak perlu tahu nama produk yang dicari, cukup sekadar memuatnaik gambar dan Taobao boleh mencarinya. Taobao akan memulangkan hasil carian mengandungi produk yang mirip gambar tadi. Taobao juga menerima URL bagi imej yang anda mahu ianya dicari. Nyatakan sekali kategori mana yang sepatutnya Taobao cari.

Peringatan

1. Guna Google Chrome semasa melayari Taobao kerana Safari dan IE tidak dapat menterjemahkan bahasa Mandarin.
2. Pilih carian produk dari julat harga mahal ke harga rendah atau sebaliknya. Cara ini membolehkan anda membuat perbandingan kewajaran harga sesuatu produk.
3. Jangan lupa periksa maklumat tinggi, berat dan saiz yang diberikan pelanggan dalam maklumbalas. Ini sangat mustahak terutamanya bagi pakaian.
4. Cari produk yang mempunyai gambar sahaja. Ia memudahkan anda membuat carian dan rumusan tentang produk atau penjual terbabit.


Tajuk berkaitan: Panduan, Tutorial, Cara, Langkah, Taobao

Sumber: http://www.everydaytaobao.com/