[Bisnes] Apa Rahsia Jutawan Internet?

Masa kini jika anda terbaca berita tentang usahawan yang berjaya di seluruh dunia, sebahagian besar dari mereka ada hubungkaitnya dengan kegiatan berasaskan Dunia Online

.

APA RAHSIA JUTAWAN INTERNET?



Dunia Online telah banyak mengubah cara manusia bekerja. Maklumat dapat dipindahkan dengan pantas merentas sempadan benua. Hasilnya masa berurusan dapat disingkatkan, kecekapan kerja dapat ditingkatkan dan seterusnya terbuka berbagai peluang baru bagi sesiapa yang tahu memanfaatkan teknologi ini.

Masa kini jika anda terbaca berita tentang usahawan yang berjaya di seluruh dunia, sebahagian besar dari mereka ada hubungkaitnya dengan kegiatan berasaskan Dunia Online.

Bill Gates adalah usahawan yang memperkenalkan aplikasi Windows dan Office.

Steve Job adalah usahawan yang memperkenalkan Komputer Mac dan Smartfon iPhone.

Mark Zuckerberg adalah usahawan yang memperkenalkan rangkaian media sosial Facebook.

Jack Ma adalah pengasas jaringan perdagangan online Alibaba.

Sekadar menyebut empat nama dari kalangan usahawan berjaya.

Kesemua mereka ini bermula dari Scratch iaitu kosong.

Bill Gates memulakan bisnesnya dengan membangunkan perisian komputer dan menjualnya kepada syarikat pengeluar komputer.

Steve Job memulakan bisnesnya dengan memasarkan komputer yang di pasang di garaj rumahnya.

Mark Zuckerberg memulakan bisnesnya dengan membangunkan perisian rangkaian media sosial ketika belajar di kampus.

Jack Ma memulakan pelbagai bentuk bisnes sebelum akhirnya berjaya dengan platform dagang Alibaba beliau.

3 Ciri Usahawan Internet Yang Berjaya


Mereka berkongsi ciri-ciri yang sama iaitu mereka dapat mencari peluang,  pantas meneroka dan gigih berusaha memanfaatkan peluang tersebut.


  • Cari peluang.
  • Pantas teroka.
  • Gigih berusaha.


Inilah satu Open Secret atau Rahsia Terbuka yang menjadi kejayaan mereka. Anda juga boleh berjaya dan jadi jutawan seperti mereka jika anda tahu bagaimana memanfaatkan Dunia Online.

Dunia Online ini luas dan terbuka.  Anda boleh layari ke mana sahaja dan sebanyak mana laman web tanpa henti sepanjang waktu. Anda boleh menggunakan apa sahaja perkhidmatan di dalamnya samada yang berbayar atau percuma.

Cuma, selalunya kita tersasar ke tempat lain.

Kita mudah terleka berbual dalam media sosial, menonton kandungan media terlalu lama dan leka mengikuti sesuatu kisah secara online sehingga sedar tak sedar masa berlalu dan tidak mendapat manfaat dari masa yang diluangkan di dalam Dunia Online.
Sangat merugikan, bukan?

Oleh itu, betulkan azam anda. Jika anda mahu berjaya, mahu maju, mahu kaya melalui Dunia Online, masuklah ke dalam Dunia Online dengan azam sedemikian.

Buat seperti apa yang mereka di atas telah lakukan.

  • Cari peluang.
  • Pantas teroka.
  • Gigih berusaha.




.