.
Maksud DSLR Dial Modes
1) DSLR Dial Modes bermaksud Pendail Mod yang berada pada Kamera DSLR yang menetapkan bagaimana proses rakaman foto akan dilakukan oleh kamera.
2) Kebanyakan pengeluar Kamera DSLR membahagikan pendail mod kepada dua bahagian; satu bahagian untuk pilihan Automatik manakala satu bahagian lagi untuk pilihan Manual.
3) Pilihan Automatik kebiasaannya merangkumi:
3.1) Portrait - Digunakan untuk merakam sesuatu objek dan menjadikan objek lain di belakangnya kabur.
3.2) Landscape - Digunakan untuk merakam pemandangan menjadikan keseluruhan imej tajam.
3.3) Action - Digunakan untuk merakam objek yang bergerak.
3.4) Close-Up - Digunakan untuk merakam objek berada hampir dengan kamera.
3.5) Night - Digunakan untuk merakam gambar di waktu malam.
4) Pilihan Manual kebiasaannya merangkumi
4.1) Aperture Priority - Keutamaan kepada kawalan jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera.
4.2) Shutter Priority - Keutamaan kepada kawalan kelajuan Shutter pada kamera.
43) Program - Pengguna boleh menentukan beberapa tetapan dan selebihnya dikawal oleh kamera.
5) Mod Automatik digunakan untuk:
5.1) Menjadikan Kamera DSLR berfungsi seperti kamera biasa.
5.2) Mengambil gambar segera.
5.3) Mendapatkan tetapan berdasarkan pengiraan automatik terhadap keperluan Exposure Value yang sesuai. Kamera akan menyimpan nilai tetapan bagi setiap gammbar foto yang diambil. Nilai ini menjadi rujukan yang dapat membantu pengguna apabila menggunakan kaedah Manual kelak. Nilai ini dipanggil EXIF Data.
Baca selanjutnya: http://www.digital-slr-guide.com/dslr-mode-dial.html
.
LATIHAN:
1) Periksa kamera anda dan perhatikan mod penggambaran yang ada padanya.
2) Apakah mod penggambaran yang anda suka? kenapa?
.
Social Plugin