.
Kenali Komponen Utama Kamera DSLR
1) Secara konsepnya, Kamera DSLR mempunyai komponen luar (boleh dilihat tanpa perlu membuka kamera) seperti berikut:
1.1) Lens - Komponen yang mempunyai kanta yang dipasang pada bahagian hadapan kamera untuk menghalakan tumpuan pada objek foto.
1.2) Aperture - Komponen yang mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam Lens.
1.3) Shutter Release - Komponen tombol yang kebiasaannya bercirikan half-press (tekan separuh untuk fokus) dan full-press (tekan penuh untuk rakam).
1.4) View Finder - Komponen tinjau untuk membolehkan pengguna memerhati objek foto.
1.5) LCD Monitor - Komponen paparan untuk membolehkan pengguna melihat foto dan paparan visual yang lain.
1.6) Flash Light Plug - Komponen plug untuk meletakkan Flash Light.
1.7) Tripod Plug - Komponen plug untuk meletakkan tripod
1.8) Memory Slot - Komponen untuk memasukkan Memory Card.
1.9) Battery Slot - Komponen untuk memasukkan Battery.
2) Secara praktisnya, Kamera DSLR mempunyai pendail mod (dial modes) untuk membolehkan pengguna menentukan kaedah melaraskan kawalan ke atas proses rakaman foto. Walaupun simbol yang digunakan berbeza dari satu jenama ke jenama yang lain, fungsi yang disediakan hampir sama.
3) Untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi komponen Kamera Canon dan Kamera Nikon, rujuk http://dailymom.com/capture-2/getting-to-know-your-canon-camera-dslr-buttons/ dan http://dailymom.com/capture-2/getting-to-know-your-nikon-camera-dslr-buttons/ .
.
LATIHAN:
1) Terangkan aliran kerja (workflow) yang anda lakukan setiap kali mengambil gambar foto.
2) Bagaimanakah anda memastikan setiap komponen kamera anda berada dalam keadaan baik?
.
.
Social Plugin