Fesyen Baju Melayu 2019 Paling Pelik

Baju Melayu kini dicabar dengan idea kontempori yang dipengaruhi oleh unsur-unsur di dalam filem

Baju Melayu adalah sejenis pakaian tradisional yang tidak banyak berubah design nya sejak sekian lama. Tapi tahun ini rekabentuknya telah dicabar dengan idea2 baru.

Laman vocket menyenaraikan 6 rekabentuk baru Baju Melayu 2019.

Kami pilih satu sahaja dari kesemua rekabentuk tersebut iaitu rekabentuk Baju Melayu Thor atau turut dipanggil Thoraya atau Thorbaik.

Baju ini dikatakan diilhamkan dari filem Avengers iaitu watak Thor.



Menarik tentang baju ini, selain rekabentuk gagah seorang wira, kain ala Superman di belakangnya boleh ditanggalkan dan dijadikan sejadah. Maklumlah, wira banyak bertempur dan mungkin terlewat hadir solat hari raya, maka sejadah sudah standby andaikata masjid sudah penuh.

Selamat menyambut hari raya!