Kenapa Amerika Syarikat Sekat Huawei?




Adakah video ini membawa jawapannya?

Senario dalam video di atas adalah suasana di bandar Shanghai, bandar paling sibuk di China.

Biasanya di tempat yang padat sebegini, atau seperti di kawasan konsert, orang ramai risau tentang sambungan rangkaian komunikasi. Hal ini mungkin tidak menjadi isu lagi dengan teknologi baru 5G.

Teknologi rangkaian baru ini membolehkan satu juta peranti mobil berhubung dalam lingkungan satu kilometer persegi dan ianya sangat pantas.

Bagi mereka yang ingin tahu,teknologi ini diterajui oleh Huawei.

Ia membawa perubahan drastik.

Kereta boleh menggunakannya untuk mengesan jarak.
Robot boleh menggunakanannya di dalam industri pengilangan.
Pembedahan yang memerlukan ketepatan boleh mengambil manfaat darinya.

Teknologi ini pantas dan rendah keterlambatan (low latency).

Dijangka teknologi ini akan mendominasi pasaran pada tahun 2025.

Peneraju teknologi 5G ketika ini adalah Huawei.

Selain mengeluarkan henfon, Huawei juga mengeluarkan perkakasan rangkaian komputer yang lain.

Huawei mempunyai 283 rakan global dan 57 rakan serantau untuk 5G dan dijangka mempunyai satu juta stesen pangkalan menjelang 2020.

Menurut pelantar risikan pasaran online IPlytics, syarikat Negara China itu mendahului dalam perlumbaan 5G kerana ia memberikan banyak sumbangan dalam teknologi tersebut.

Huawei mempunyai 11,423 paten dalam tahun 2018, diikuti Ericsson dengan 10,351 dan Nokia dengan 6,878, iaitu dua lagi syarikat pengeluar perkakasan rangkaian.

Amerika syarikat mengharamkan produk Huawei dengan alasan ia mempunyai risiko keselamatan. Namun Amerika Syarikat tidak menjelaskan dengan terpeinci di mana isu tersebut berada pada produk Huawei.

Tidak seperti Amerika Syarikat, negara Eropah seperti British menerima Huawei. British telah melancarkan rangkaian 5G komersil menggunakan Huawei.

Hakikatnya, tiada negara mahu ketinggalan dalam  perlumbaan 5G.

Teknologi 5G menelan kos lebih tinggi dari 4G kerana 5G memerlukan keupayaan lebih tinggi. Maka pembinaannya memerlukan bantuan dari syarikat berkepakaran tinggi seperti Huawei.

Britain dan Belanda  berkata mereka tidak akan menggunakan Huawei untu perkakasan Network Cores tetapi akan menggunakan Transmitter Huawei. Huawei akan bekerjasama dengan syarikat lain ketika membangunkan rangkaian 5G.

Namun, hal ini tidak berlaku di Amerika Syarikat.

Apakah Amerika Syarikat sebenarnya mahu melindungi kepentingan syarikat-syarikatnya seperti CISCO dan lain-lain?